Rotan manau

Rotan manau (nama saintifik "Calamus manan")[1] merupakan sejenis pokok dalam kategori rotan. Rotan manau merupakan spesies rotan berdiameter besar dan amat penting sebagai bahan mentah dalam industri perabot. Ia amat dicari oleh pengumpul rotan dan keadaan ini mendorong kepada lampau guna di Malaysia menjadikan harganya meningkat.Pada pertengahan 1980-an kerajaan malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.